IPOH: Seorang bekas Hakim Mahkamah Syariah dan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan menerima rasuah dan bersubahat meminta rasuah berhubung kes khalwat empat tahun lalu.
Tertuduh, Burhanuddin Ismi Adam, 43 dan Muhamad Hamri Ayob, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Ahmad Kamar Jamaludin.
Mengikut pertuduhan, Burhanuddin Ismi telah secara rasuah menerima untuk dirinya suatu suapan sebanyak RM4,000 daripada seorang lelaki.
Ia sebagai dorongan untuk membuat keputusan melepaskan kes khalwat yang memihak kepada lelaki berkenaan di bawah Seksyen 54(1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.
Ayah kepada tiga orang anak itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah restoran di Desa Chemor Saujana, Ipoh, kira-kira jam 11.30 malam, 10 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Muhamad Hamri pula didakwa bersubahat, dengan secara rasuah meminta untuk Burhanuddin Ismi suatu suapan iaitu wang sebanyak RM4,000 daripada lelaki yang sama.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan segera di Taman Tasek Mutiara, Ipoh, kira-kira jam 5.30 petang, 10 September 2019.
Dia didakwa di bawah Seksyen 28(1)(c) dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama, yang juga memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 19 Jun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes dan pelantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Abd Razak Mohd Ali
Thu May 25 2023
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Seksyen Ipoh pada Khamis. - Astro AWANI
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Bekas hakim Mahkamah Syariah, polis didakwa minta rasuah
Kedua-dua mereka dituduh menerima rasuah dan bersubahat meminta rasuah berhubung kes khalwat empat tahun lalu.
[KOLUMNIS] Sabitkah lafaz talak kerana sihir pemisah di Mahkamah Syariah?
Bagaimanakah ingin memberitahu pihak mahkamah bahawa si suami membuat permohonan cerai bukan atas dasar kerelaan, tetapi atas gangguan sihir?
DUN Selangor lulus RUU Enakmen Keluarga Islam Selangor
Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara anggota Dewan Undangan Negeri.